Karnival Hari Wilayah Persekutuan catat 15,000 pengunjung - Utusan Malaysia

Karnival Hari Wilayah Persekutuan catat 15,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Karnival Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya mencapai misi penganjurannnya apabila mencatatkan seramai 15,000 pengunjung termasuk pelancong luar negara.

Program bersempena Hari Wilayah Persekutuan itu berlangsung selama sehari dan diisi dengan 18 aktiviti kesukanan dan hiburan antaranya pertandingan muay thai, bola jaring, tarik tali, mewarna dan gubahan sebelum menutup tirai dengan persembangan konsert pada malam ini.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa lebih sejam untuk menyaksikan sendiri aktiviti yang berlangsung di sebelah petang dan turut menyampaikan hadiah untuk setiap pemenang pertandingan.


Beliau berkata, program anjuran kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi itu diterapkan dengan konsep perpaduan, persefahaman serta mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×