Karius mahu pamer kehebatan - Utusan Malaysia

Karius mahu pamer kehebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Feb. – Pemain Liver­pool, Loris Karius (gambar) mahu membuktikan kepada pengurus Jurgen Klopp bahawa pe­ngendali kelab itu tidak perlu untuk membeli penjaga gol baharu pada musim ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu kini telah menggalas tugas sebagai penjaga gol nombor satu di Anfield di atas Simon Mignolet sejak lebih sebulan lalu.

Liverpool dikhabarkan telah menyenaraikan beberapa penjaga gol untuk di bawa ke Anfield, mereka adalah seperti Jack Butland daripada Stoke, pemain Atletico Madrid, Jan Oblak dan Allison daripada Roma namun prestasi baik dipamerkan oleh Karius membuatkan Klopp mungkin terpaksa melupakan hasrat menandata­ngani penjaga gol baharu.

“Jika anda mem­bawa akhbar berkai­tan Liverpool, setiap minggu kami akan menandatangani pemain baharu.

“Anda boleh lihat semasa latihan dan berpendapat kami mem­punyai kualiti dalam posisi penjaga gol.

“Saya cuma mahu mempersembahkan diri saya dengan sebaiknya dan akhirnya akan memperoleh peluang bagi bermain bersama kelab ini pada musim depan dengan sebaik­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×