Kaji pelaksanaan MEB - Perkasa - Utusan Malaysia

Kaji pelaksanaan MEB – Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kerajaan perlu membuat kajian ke atas pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan menggantikannya dengan satu dasar induk sosioekonomi baharu yang berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, dasar sosioekonomi baharu itu perlu berteraskan kepada status bumiputera sebagai bahasa teras dan berasaskan kepada statistik penduduk bumiputera yang majoriti di negara ini.

“Kerajaan perlu menjalankan kajian kerana MEB menjejaskan keselamatan ekonomi bumiputera dan pasti akan menemui kegagalan untuk mencapai matlamat pembahagian kek ekonomi yang adil di antara kaum.

“Sekiranya kek pembahagian ekonomi yang adil antara kaum dilaksanakan pastinya ia akan menjamin keselamatan nasional dan ini merupakan pandangan ikhlas daripada Perkasa untuk kestabilan perpaduan kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, pandangan tersebut merupakan antara resolusi Permukiman Perkasa Malaysia yang telah diadakan pada 2 sehingga 4 Februari lalu dan telah dihadiri kira-kira 350 pemimpin pusat Perkasa, sayap serta kepimpinan di peringkat negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN