Jongkong emas, Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yapeim - Utusan Malaysia

Jongkong emas, Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yapeim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Hadiah lumayan berupa 2,233 jongkong emas dan 10 buah Perodua Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, cabutan bagi penerima jongkong emas seberat satu gram akan dilaksanakan secara bulanan mulai 1 Mac hingga 31 Disember.

Bagi hadiah bonanza Perodua Myvi pula, beliau memberitahu, cabutan akan diadakan pada penghujung Januari 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tawaran ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan yang setia memilih Ar-Rahnu Yapeim sebagai pajak gadai pilihan mereka.

“Selain itu, kami juga berharap usaha ini mampu menarik lebih ramai orang menjadikan pajak gadai Islam sebagai urus niaga pilihan,: katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu Yapeim yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini