KUALA LUMPUR 7 Feb. – Segmen bual santai #jomchat2018 pukul 9 malam ini yang dapat ditonton secara langsung di Utusan Online dan Facebook Utusan Online mengundang penyanyi, pelakon dan pengacara, Kaka Azraff.
Buat julung kalinya, Kaka yang meniti populariti menerusi lagu duet bersama Zizan Razak berjudul Bawaku Pergi, ciptaan Malique pada tahun 2012, diundang malam ini untuk muncul dalam Jom Chat.
Kaka juga mempunyai single beliau yang berjudul Bukan Hal Aku yang dilahirkannya pada tahun 2013 dan pastinya, rentetan perjalanan kerjaya seni suara Kaka tidak statik.
Tahun lepas, Kaka feat. Awi Rafael tampil dengan single berjudul Ada JalanNYA.
Untuk mengetahui perkembangan karier Kaka pada tahun 2018, bolehlah tonton #jomchat2018 malam ini dan sambil menonton, para pelayar Utusan Online boleh bertanyakan soalan yang membina kepada artis. – UTUSAN ONLINE










