JOHOR BAHRU 6 Feb. – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas menundukkan PKNP FC 3-0 dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Skuad Harimau Selatan lebih banyak menguasai separuh masa pertama, namun beberapa percubaan mereka berjaya dipatahkan pasukan pelawat yang menampilkan corak bertahan. Percubaan kapten JDT, Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz di luar kotak penalti pada…