KUALA LUMPUR – India akan menjadi pasaran yang besar bagi syarikat penerbangan bajet jarak jauh, AirAsia X, yang baru sahaja melancarkan laluan Kuala Lumpur-Jaipur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes. Beliau juga membayangkan Amritsar akan menjadi destinasi seterusnya syarikat penerbangan tersebut. “Semalam kami melancarkan Jaipur. Dan @Beenaminismail berada di Amritsar hari ini. Laluan yang ramai meminta kami lakukan. India akan menjadi pasaran besar untuk Airaisa X,” katanya dalam laman Twitternya. Benyamin ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X…