Hospital baharu Kuala Krai siap 30 Mac - Utusan Malaysia

Hospital baharu Kuala Krai siap 30 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI 11 Feb. – Hospital Kuala Krai yang baharu di Pahi dekat sini dijangka siap sepenuhnya pada 30 Mac ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hospital yang bernilai RM300 juta itu dibina di atas tapak seluas 40 hektar kini sudah 99.05 peratus.

Beliau berkata, pihaknya berharap baki 0.5 peratus akan siap lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang merasmikannya.

“Hospital ini bertaraf antarabangsa lengkap dengan lapan dewan bedah, beberapa klinik pakar, laluan berjoging, padang bola dan auditorium.

“Sebanyak 2,700 penjawatan baharu di hospital ini berbanding hanya 900 di lokasi lama. Hospital ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat hospital tersebut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Yahya Mamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×