SEREMBAN 6 Feb. – Golongan wanita di negeri ini diseru supaya mengambil peluang mengikuti pelbagai bidang atau kemahiran yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, salah satu contoh adalah dalam bidang fotografi. “Kerjaya fotografi pada zaman kini semakin ramai diceburi oleh jurugambar wanita sekali gus membuktikan kaum wanita mampu bersaing dalam bidang tersebut. “Bidang fotografi mempunyai banyak cabang…