KUALA LUMPUR – Dua pemain badminton profesional negara sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan. BAM Sumber Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata, kedua-dua pemain terbabit disiasat kerana dikatakan cuba menyogok beberapa pemain asing dengan memujuk mereka terlibat sama dalam mengatur perlawanan. “BWF memaklumkan kepada BAM bahawa dua pemain yang bukan berada di bawah naungan kami sedang disiasat kerana disyaki terlibat dengan skandal cuba mengatur perlawanan dan kita tidak…










