SEREMBAN 7 Feb. – Selepas tumpas dalam perlawanan sulung Sabtu lalu, Negeri Sembilan bangkit malam ini untuk menumpaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam kempen Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati dengan mengatur serangan untuk cuba menembusi benteng pertahanan pasukan lawan. Pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-11 melalui penyerang import Nicolas Leandro Velez yang menerima bola hantaran jauh dari…










