Cikgu Poad sedia lepaskan Khairul - Utusan Malaysia

Cikgu Poad sedia lepaskan Khairul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPUTUSAN final 100 meter (m) Pra Sukan Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin me­nyaksikan pelari terpantas negara yang juga raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan kini mempunyai pencabar baharu di rantau Asia Tenggara.

Dahulu pencabar Khairul, 20, ialah jaguh Filipina, Eric Shauwn Cray dan Jirapong Meenapra dari Thailand tetapi kini pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu bakal berdepan bintang baharu Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.

Apa tidaknya, Lalu, 18, berjaya me­raih pingat perak kejohanan itu de­ngan catatan masa 10.32 saat (s) pada final dan pelari dari Mataram, Lombok itu terlebih dahulu mencatatkan masa menakjubkan iaitu 10.24s ketika aksi sari­ngan 100m kelmarin.

Walaupun ia masih belum mengatasi rekod 100m kebangsaan milik Khairul iaitu 10.18s, namun jurulatih pecut skuad olahraga negara, Mohd. Poad Kassim percaya Lalu bakal menjadi pesaing sihat buat anak didiknya itu pada kejohanan seterusnya nanti.

“Catatan masa (Lalu) ini boleh menjadi motivasi kepada Khairul untuk berusaha lebih gigih menjarakkan diri dengan melakukan catatan le­bih pantas. Saya berharap ada pihak tertentu boleh membantu meningkatkan prestasi Khairul.

“Saya sanggup melepaskan Khairul kalau dia dapat ‘berguru’ di Amerika Syarikat dalam ­usaha meningkatkan tahap prestasi­nya. Khairul mencatatkan 10.18s, jadi kita tidak seharusnya mensia-siakan bakat Khairul.

“Jika peruntukan menjadi masalah, saya tidak ikut sekali ke Amerika Syarikat. Ini kali pertama saya sanggup berjauhan dengan Khairul kerana sekarang dia sudah 20 tahun dan menampakkan kematangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Khairul tidak mengambil bahagian dalam acara 100m Pra Sukan Asia 2018 dengan Jonathan Nyepa menjadi wakil tunggal kem olahraga negara beraksi pada final kelmarin dan mencatatkan masa 10.53s untuk meraih tempat keenam.

Jonathan juga mengakui kepantasan Lalu pada aksi final kelmarin dan berkemungkinan besar mampu menjadi tumpuan utama sewaktu Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan.

Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan, Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif turut tidak menolak kemungkinan Lalu mampu mencabar atlet-atlet negara terutama Khairul pada masa depan kerana dia mempunyai potensi besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×