KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Kata orang, akar kebahagiaan bermula dari rumah dan keluarga namun apabila berlakunya perceraian, boleh meruntuhkan semua itu, sekali gus menjejaskan kualiti kehidupan jika gagal ditangani. Lazimnya bekas isterilah yang lebih terkesan apabila terpaksa mula menyara kehidupan bersendirian, dan menguruskan keperluan selaku ibu tunggal dengan cabaran yang bukan sedikit, bukan sahaja beban kewangan tetapi juga kesan emosi diri dan anak-anak di samping persepsi negatif kalangan masyarakat.…










