IPOH – Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 jam untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran yang memusnahkan tujuh kilang berasingan di Taman Menglembu Impiana Park di sini, awal pagi tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamed Hariri Ahmad Shaibi berkata, pihaknya bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang mudah merebak itu berikutan faktor material api, dipercayai bermula dari sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian tersebut. Beliau berkata, pihaknya…