Ain Edruce terima mesej berbaur lucah - Utusan Malaysia

Ain Edruce terima mesej berbaur lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACAM-MACAM yang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Setiap hari ada sahaja berita yang pelik dan kurang enak singgah di telinga Diva. Kadang-kadang boleh buat Diva demam seminggu.

Baru-baru ini ada pula satu berita yang singgah di telinga Diva.

Bukan sekadar perkhabaran biasa tetapi cerita yang disampaikan seorang kawan. Ia boleh membuatkan Diva terkejut dan berasa bimbang dengan keselamatan pengacara serta pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Kekasih Paksa Rela, Ain Edruce.

Bukan apa, Ain dikhabarkan menerima banyak kiriman mesej berbaur lucah daripada pengikutnya di Instagram.

Tidak cukup dengan itu, dimaklumkan juga ada yang turut mengirimkan foto tidak senonoh kepadanya.

Terkejut Diva bukan kepalang, apa nak jadi dengan lelaki sekarang.

Dengar berita daripada mulut kawan baik Diva pun dah takut, apatah lagi si empunya diri.

Apapun Diva harap Ain sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri ya.

Diva: Dengarnya, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali kerap tidur lewat gara-gara terlalu memikirkan tanggungjawab untuk menjadi suami selepas berkahwin dengan tunangnya, Syakilla Khoriri tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×