232 pasang kasut tiruan, aksesori sukan bernilai RM25,384 dirampas - Utusan Malaysia

232 pasang kasut tiruan, aksesori sukan bernilai RM25,384 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 232 pasang kasut berjenama disyaki tiruan dan 144 unit aksesori peralatan sukan bernilai RM25,384 dalam serbuan di empat premis sekitar negeri ini, minggu lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata rampasan kasut berkenaan dibuat dalam serbuan di sebuah premis menjual pakaian di Puchong, kira-kira 12.30 tengah hari, 7 Feb lepas.

Beliau berkata tindakan dilakukan berdasarkan aduan orang awam dan wakil cap dagang mengenai aktiviti penjualan kasut jenama terkemuka yang menggunakan perihal dagangan palsu.

Selain itu, Azman berkata rampasan aksesori peralatan sukan pula dilakukan dalam serbuan di tiga kedai serbaneka sekitar Subang Jaya, kira-kira 12.30 tengah hari pada 8 Feb lepas.

“Hasil pemeriksaan di tiga premis berkenaan menemui 144 unit aksesori peralatan sukan seperti ‘ankle guard’, ‘knee guard’ dan ‘wrist support’ bernilai RM2,184 yang menggunakan perihal dagangan satu jenama yang bukan dikeluarkan pemilik cap dagang,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×