LONDON: Kira-kira 400 pendatang dilaporkan merentasi Selat Inggeris untuk ke United Kingdom (UK) dengan menaiki bot kecil.
Lapor BBC, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, pihak berkuasa Perancis berjaya menyekat 101 pendatang daripada menyeberangi perairan itu.
Jelasnya, sebanyak 12 buah bot yang membawa 395 pendatang berjaya dipintas oleh Pasukan Sempadan dan dibawa ke pantai UK.
Lebih 3,000 pendatang tiba dengan menaiki bot kecil pada bulan ini berbanding 831 orang pada Mac tahun lalu.
Katanya, seramai 4,559 pendatang menyeberangi perairan itu setakat tahun ini.
“Peningkatan dalam jumlah pendatang yang merentasi selat itu tidak boleh diterima.
“Mereka bukan sahaja menyalahgunakan undang-undang imigresen negara ini namun tindakan itu turut memberi kesan kepada pembayar cukai UK.
“Ia menjejaskan keupayaan kami untuk membantu pelarian yang datang ke UK menerusi laluan selamat dan sah,” kata menteri, Tom Pursglove.