Kebanyakan sekatan Covid-19 di England akan berakhir - Utusan Malaysia

Kebanyakan sekatan Covid-19 di England akan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam akan dimansuhkan pada peringkat terakhir perintah berkurung Covid-19 di England.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Boris Johnson.

Lapor BBC, peraturan melarang berhimpun lebih enam orang dari isi rumah berbeza juga akan dimansuhkan.

Garis panduan kerja dari rumah juga akan dihapuskan sekali gus mengakhiri sekatan yang dilaksanakan selama 16 bulan.

Menurut Johnson, beliau menjangkakan langkah terakhir akan diteruskan seperti dirancang pada 19 Julai ini.

Kesemua perkara itu akan disahkan pada 12 Julai selepas meneliti semula data terkini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya