Dua bekas menteri pertahanan dihukum mati kerana rasuah - Utusan Malaysia

Dua bekas menteri pertahanan dihukum mati kerana rasuah

Gambar fail Wei Fenghe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah mahkamah tentera China pada Khamis menjatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan ke atas dua bekas menteri pertahanan atas kes rasuah, menurut media kerajaan.

Hukuman itu dianggap antara yang paling berat dikenakan Beijing terhadap pegawai tentera berpangkat tinggi dalam kempen anti-rasuah besar-besaran oleh Presiden Xi Jinping.

Wei Fenghe dan Li Shangfu akan menjalani hukuman tersebut yang akan ditukar kepada penjara seumur hidup selepas tempoh tangguh dua tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Kedua-dua bekas menteri itu, yang berkhidmat antara 2018 hingga 2023, juga pernah menjadi ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China yang berkuasa. Ia merupakan badan yang menyelia tentera negara itu dan mereka sering muncul di televisyen.

Fenghe didapati bersalah menerima rasuah. Shangfu didapati bersalah menerima dan memberi rasuah, menurut Xinhua.

Kedua-duanya turut dilucutkan hak politik seumur hidup dan harta peribadi mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN