Aung Aing, Natalee akhirnya pulang ke 'rumah' - Utusan Malaysia

Aung Aing, Natalee akhirnya pulang ke ‘rumah’

ORANG utan Sumatera diletakkan di dalam sangkar sebelum dihantar balik ke habitat asalnya di Indonesia dengan menaiki pesawat di lapangan terbang Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menghantar pulang dua ekor orang utan Sumatera ke Indonesia hari ini selepas beberapa tahun di seludup ke negara ini.

Pemburu haram di Asia Tenggara menyasarkan orang utan yang semakin terancam untuk dijual sebagai haiwan peliharaan.

Menurut polis, dua ekor orang utan berusia empat tahun iaitu Ung Aing dan Natalee diseludup sebelum ini untuk dijual dalam sektor perlancongan.

Sindiket penyeludup cuba membawa dua ekor orang utan itu masuk ke negara ini menerusi Malaysia pada Jun 2017.

Namun, usaha itu gagal apabila sindiket tersebut dipintas pihak berkuasa di sempasan berserta 39 ekor kura-kura Hamilton, 12 kura-kura India dan enam ekor rakun.

Kemudian, kedua ekor orang utan tersebut diletakkan di pusat keselamatan hidupan liar di tengah Thailand dan bakal menjalani program rehabilitasi sejurus tiba ke Indonesia sebelum dibebaskan ke hutan.

Selain itu, Aung Aing dan Natalee juga perlu melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum menaiki pesawat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.