JAKARTA: Platform media sosial TikTok pada hari Sabtu (30 Ogos) mengumumkan menggantung sementara fungsi penstriman secara langsung (live) di Indonesia untuk beberapa hari susulan protes ganas yang tercetus selepas kematian seorang lelaki yang dilanggar oleh kenderaan polis. “Disebabkan peningkatan keganasan semasa protes di Indonesia, kami secara sukarela memperkenalkan langkah keselamatan tambahan bagi memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat dan beradab. “Sebagai langkah berjaga-jaga, ciri TikTok Live digantung buat sementara…