Thaksin dimasukkan ke wad biasa, tidak diberi layanan VIP - Utusan Malaysia

Thaksin dimasukkan ke wad biasa, tidak diberi layanan VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak dimasukkan ke wad VIP di Hopsital Umum Polis selepas menerima rawatan akibat mengalami tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia.

Media tempatan melaporkan, Thaksin, 74, hanya dimasukkan ke wad biasa yang tidak mempunyai pendingin hawa.

THAKSIN (kanan) bergambar bersama anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra. – AGENSI

Namun, pihak hospital menyediakan dua kipas elektrik untuk memastikan bekas pemimpin itu berasa selesa.

Perkara itu dimaklumkan oleh ketua hospital berkenaan, Dr. Sophonrat Singhajaru.

Selain itu, Sophonrat juga menafikan Thaksin diletakkan di dalam wad dengan pemandangan cantik.

“Thaksin diletakkan di dalam wad biasa yang panas dan tidak mempunyai pemandangan cantik,” katanya.

Bekas pemimpin itu dipindahkan ke pusat rawatan berkenaan pada hari pertama menjalani hukuman penjara sejurus kembali ke negara itu pada Selasa lalu.

Thaksin pulang ke Thailand pada hari yang sama parlimen Thailand memilih Perdana Menteri baharu negara itu.

Sejurus selepas tiba di Bangkok, bekas perdana menteri itu dibawa ke mahkamah dan diperintah menjalani hukuman penjara.

Mahkamah Agung Thailand menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

Thaksin pulang ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN