'Saya mahu buat laporan, tapi disuruh balik dan bertenang di rumah' - Utusan Malaysia

‘Saya mahu buat laporan, tapi disuruh balik dan bertenang di rumah’

PEGAWAI polis Pulogadung memohon maaf kepada Meta Kumala di rumahnya di Jakarta Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita menzahirkan rasa tidak puas hati selepas dia menerima layanan buruk dari beberapa anggota polis ketika membuat laporan mengenai kecurian yang dialaminya.

Meta Kumala memaklumkan, keretanya dipecah pencuri dan beg tangan serta wang tunai miliknya hilang dalam satu kejadian di Pulogadung, Jakarta Timur, baru-baru ini.

Katanya, insiden itu menyebabkan dia kehilangan wang tunai sebanyak tujuh juta rupiah (RM2,052) dan beberapa keping kad pengeluaran wang automatik (ATM).

“Saya kemudiannya membuat laporan polis di Pulogadung dan ketika itu, saya hanya diminta anggota bertugas untuk mengisi butiran peribadi dan disuruh pulang ke rumah.

“Tiada seorang pun anggota polis yang bertanya kepada saya mengenai kejadian tersebut, sebaliknya mereka suruh saya pulang ke rumah dan tenangkan diri,” katanya.

Selain itu, Meta juga memberitahu, ada seorang anggota polis memarahinya kerana memiliki kad ATM yang banyak dan mempersoalkan isu tersebut.

“Anggota polis itu meleteri saya dengan mempersoalkan kenapa saya perlu ada lima kad ATM dan tidakkah saya tahu saya bakal berdepan kesukaran jika semuanya hilang?

“Saya pergi ke balai polis untuk membuat laporan, sebaliknya saya dileteri dan disuruh pulang, jadi apa fungsi polis?” Soalnya.

Kisah itu menjadi tular dalam media sosial dan tidak lama kemudian, polis Pulogadung menghubungi Meta dan memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya