Kes Covid-19 di Indonesia boleh cecah 40,000 sehari - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di Indonesia boleh cecah 40,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kes jangkitan Covid-19 harian di Indonesia boleh mencecah 40,000 sehari, menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan hari ini.

Katanya, kerajaan sudah bersiap sedia sekiranya kes mningkat sebanyak itu dalam tempoh terdekat.

“Jumlah kes jangkitan kini terus bertambah. Semalam sebanyak 29,000 direkodkan dan tidak mustahil boleh cecah 40,000 atau lebih.

“Sehubungan itu, kerajaan sudah bersedia menghadapai sebarang senario, termasuk keadaan ubat-ubatan, bekalan oksigen dan hospital,” katanya.

Indonesia ketika ini bergelut dengan gelombang Covid-19 yang kritikal dengan lebih 2.3 juta kes jangkitan dan 61,140 kematian di seluruh negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.