Mayat lelaki sering beri makan buaya sudah ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki sering beri makan buaya sudah ditemukan

KEADAAN di lokasi pencarian Juperi yang maut dibaham buaya di Bangka Belitung, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELITUNG: Lelaki yang dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya akhirnya sudah ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

Penemuan mayat Juperi itu secara tidak langsung mengesahkan dia maut dibaham buaya.

Lapor Tribunnews, mayat Juperi Ahmad ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah bekas lombong di Desa Dukong, Belitung Timur hari ini.

Ketika ditemukan, pasukan penyelamat turut ‘terserempak’ dengan dua ekor buaya berhampiran mayat Juperi.

Anggota keselamatan menyifatkan dua buaya itu seolah-olah ‘menjaga dan menunggu mayat Juperi’.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu di darat dan di air.

Sebelum itu, kehilangan Juperi kecoh dalam kalangan penduduk tempatan selepas lelaki itu didakwa sering memberi makan kepada buaya.

Juperi yang bekerja sebagai penjaga pintu air mempunyai hobi memberi makan kepada buaya yang timbul di permukaan air, malah melarang rakan-rakannya mengusir haiwan buas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya