RAMALLAH: Seorang remaja Palestin meninggal dunia kelmarin akibat kecederaan dialami ketika tembakan tentera Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat menjadikannya satu lagi kematian di tengah-tengah serangan ketenteraan yang semakin memuncak. Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa Mohammad Wahbi Hanani, 17, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan kritikal semasa serbuan tentera Israel ke atas pekan Beit Furik, di timur Nablus, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA. Hanani ditembak di kepala dengan peluru hidup…










