Perang menentang pejuang Hamas mungkin sukar dan lama - Netanyahu - Utusan Malaysia

Perang menentang pejuang Hamas mungkin sukar dan lama – Netanyahu

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui peperangan Israel terhadap pejuang Gaza akan berlarutan lama dan amat sukar.

Beliau memberi amaran itu ketika Hamas menuntut pembebasan semua rakyat Palestin yang dipenjarakan sebagai penukaran tebusan yang diculik tiga minggu lalu.

Sayap bersenjata Hamas berkata pihaknya sedia untuk membebaskan tebusan sebaik sahaja Israel membeaskan semua rakyat Palestin yang dipenjarakan.

“Ini adalah harga yang mereka perlu bayar bagi menyelamatkan tebusan, kosongkan penjara (Israel) yang menempatkan banduan Palestin.

“Ini boleh dilakukan sekali gus atau secara berperingkat, kami bersedia,” kata jurucakap Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida.

Pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, berkata pihaknya sudah bersedia untuk melakukan pertukaran serta merta tebusan untuk banduan.

Kira-kira 230 tebusan kini ditahan Hamas di Gaza, menurut tentera Israel, sebahagian besarnya warga asing dengan dua kerakyatan, manakala Hamas mendakwa hampir 50 tebuan berkenaan terbunuh akibat serangan Israel tempoh hari.

Netanyahu setakat ini tidak memberi sebarang komitmen berhubung pertukaran tebusan bagi banduan tetapi memberi jaminan kepada keluarga tebusan bahawa pihaknya akan berusaha habis-habisan bagi membawa mereka pulang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran ribuan lagi orang awam boleh kehilangan nyawa di Gaza kerana Israel berkata tentera daratnya masih beroperasi di wilayah dikuasai Hamas lebih 24 jam selepas memasukinya semalam.

Ketua Palang Merah Antarabangsa merayu sokongan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan penderitaan orang awam Gaza yang tidak dapat ditolak ansur.

Konflik itu adalah yang kelima dan paling menggerunkan di Gaza sejak Israel secara sebeah pihak mengundurkan tentera dari wilayah Palestin pada 2005.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, memberi amaran dengan mengatakan ribuan lagi orang awam boleh mati akibat bencana yang mungkin berlaku susulan operasi darat berskala besar di Gaza.

Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Mirjana Spoljaric, hari ini merayu semua pihak berkepentingan supaya memainkan peranan bagi meredakan konflik itu.

“Adalah tidak boleh diterima bahawa orang awam tiada tempat selamat untuk pergi di Gaza ketika pengeboman besar-besaran dan pengepungan tentera, tanpa bantuan kemanusiaan yang mencukupi pada masa ini.

“Ini adalah kegagalan besar yang tidak boleh diterima oleh dunia, darah penduduk Palestin di tangan kita semua,” katanya.

Terdahulu, Netanyahu memaklumkan matlamatnya adalah memusnahkan keupayaan tentera dan kepimpinan Hamas dan membawa pulang tebusan.

“Perang di Semenanjung (Gaza) akan berlarutan lama dan semakin sukar, namun kami bersedia untuk itu,” katanya sambil menggambarkannya sebagai ‘ujian kewujudan’ untuk Israel.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata pihaknya sudah memasuki fasa baharu dalam perang.

Katanya, serangan di darat dan bawah tanah, merujuk kepada rangkaian terowong dibina Hamas di bawah Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN