Taliban minta antarabangsa iktiraf Emiriah Islam Afghanistan - Utusan Malaysia

Taliban minta antarabangsa iktiraf Emiriah Islam Afghanistan

GOLONGAN wanita menganjurkan protes bagi menuntut hak kebebasan di Kabul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban meminta negara asing untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan mereka secara rasmi berikutan ekonomi di Afghanistan merudum teruk akibat sekatan Barat.

Namun, isyarat perubahan terhadap tuntutan antarabangsa seperti pembukaan sekolah menengah perempuan masih tidak diendahkan.

Permintaan itu diutarakan pada perhimpunan tiga hari oleh kira-kira 4,000 pemimpin agama dan golongan lelaki yang dikendalikan Taliban berakhir hari ini.

“Kami meminta negara serantau dan antarabangsa, terutama negara Islam mengiktiraf Emiriah Islam Afghanistan dan melepaskan semua sekatan, cairkan dana (bank pusat) dan sokongan dalam pembangunan Afghanistan,” kata peserta perhimpunan itu menerusi kenyataan untuk kerajaan mereka yang belum diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara.

Kenyataan itu menyebut, mempertahankan Emiriah Islam adalah wajib dan kumpulan militan Daesh yang mendakwa berada di sebalik beberapa serangan di negara itu adalah haram.

“Kami tidak akan campur tangan dengan negara jiran dan mereka tidak sepatutnya campur tangan di Afghanistan,” jelas kenyataan itu.

Ekonomi Afghanistan menjunam apabila Barat menarik balik pembiayaan dan menguatkuasakan sekatan dengan tegas sekiranya Taliban tidak mengubah haluan mengenai hak asasi manusia, terutama mengenai hak wanita.

Sebelum ini, Taliban pernah mengumumkan semua sekolah akan dibuka pada bulan Mac menyebabkan ramai gadis yang hadir ke sekolah menengah menyambut baik berita tersebut.

Timbalan pemimpin Taliban yang juga Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani, berkata dunia menuntut kerajaan dan pendidikan yang inklusif dan isu berkenaan akan mengambil masa.

Bagaimanapun, ketua tertinggi kumpulan itu, Haibatullah Akhundzada, yang berpangkalan di bandar selatan Kandahar dan jarang muncul di khalayak ramai berkata, negara asing tidak seharusnya memberi arahan kepada mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN