Objek bentuk segi tiga didakwa UFO berlegar di pangkalan tenter

Objek bentuk segi tiga didakwa UFO berlegar di pangkalan tentera AS

TANGKAP layar rakaman memaparkan objek berbentuk segi tiga berlegar di ruang udara di Camp Wilson di California. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO: Sebuah objek gergasi berbentuk segi tiga dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa berlegar-legar di ruang udara pangkalan tentera California di Amerika Syarikat (AS). 

Lapor Daily Mail, penampakan objek aneh itu dirakam menerusi enam video dan disaksikan kira-kira 50 anggota marin AS pada tahun 2021.

Jelas laporan, sekeping gambar dirakam oleh pegawai di Camp Wilson, Twentynine Palms pada 20 April 2021 memaparkan objek segi tiga berwarna hitam dengan lampu di tepinya, terbang di kawasan pegunungan padang pasir.   

Saksi mendakwa objek berkenaan berlegar di ruang udara kawasan itu selama 10 minit.   

Beberapa rakaman video menunjukkan cahaya misteri yang dipercayai objek aneh berlegar-legar di langit pada waktu malam.

Kesemua video terbabit dirakam antara pukul 8.24 hingga 8.30 malam (waktu tempatan).

Sebuah lagi video yang dirakam pada pukul 8.29 malam (waktu tempatan) memaparkan pasukan tentera melepaskan nyalaan api ke ruang udara bagi melihat dengan lebih jelas objek yang didakwa mempunyai lima lampu merah.  

“Bagaimanapun, sebelum mereka dapat melihat dengan jelas, objek berbentuk segi tiga itu sudah hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak,” jelas laporan tersebut.

Menurut pasukan marin, puluhan trak dan beberapa helikopter dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas insiden itu. 

Video yang dirakam oleh pasukan marin AS dengan menggunakan kamera telefon pintar, menunjukkan lima lampu tersusun dalam formasi segi tiga.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya