fbpx

27 Jun 2022, 4:52 pm

  TERKINI

AS ingatkan Marcos Jr supaya ‘jangan lupa’ hak asasi manusia

FERDINAND MARCOS JR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan berusaha meningkatkan hubungan baik dengan Filipina di bawah pentadbiran presiden baharu, iaitu Ferdinand Marcos Jr.

Menerusi panggilan telefon, Presiden AS, Joe Biden mengucapkan tahniah kepada Marcos Jr atas kemenangan besarnya dalam pilihan raya presiden yang berlangsung.

White House menerusi kenyataan memaklumkan, Biden bersedia dan terbuka untuk meningkatkan hubungan baik dengan Filipina, termasuk meluaskan kerjasama bilateral.

“Pada masa yang sama, kerajaan AS juga mengambil serius mengenai kerjasama dengan Filipina dalam beberapa isu kritikal seperti pandemik Covid-19, perubahan iklim, pembangunan ekonomi dan hak asasi manusia,” jelas kenyataan itu.

Selain Biden, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken turut mengucapkan tahniah kepada Marcos Jr atas kemenangan beliau.

Katanya, sebagai sekutu, Filipina dan negara ini akan terus bekerjasama rapat bagi meningkatkan hak asasi, kebebasan dan keterbukaan di rantau Indo Pasifik.

Kemenangan Marcos Jr dalam pilihan raya tersebut mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan mendiang bapanya merupakan pemimpin diktator yang menyaksikan rakyat Filipina berdepan ‘kesengsaraan’ semasa era pemerintahannya.

Marcos Jr atau lebih dikenali sebagai ‘Bongbong’ akan menggantikan Rodrigo Duterte yang sebelum ini sering dikecam kerana kempen brutalnya dalam memerangi kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI