Bank Dunia henti beri pinjaman kepada Uganda

Bank Dunia henti beri pinjaman kepada Uganda akibat laksana akta anti-LGBTQ

BANGUNAN ibu pejabat Kumpulan Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat (AS). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bank Dunia mengumumkan pihaknya akan menghentikan pemberian pinjaman baharu kepada Uganda berikutan pelaksanaan undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di negara itu.

Institusi kewangan antarabangsa berpangkalan di Washington memaklumkan pihaknya akan turut menghentikan pembiayaan projek sementara menunggu laporan semakan daripada langkah diperkenalkan untuk melindungi golongan minoriti seksual dan jantina daripada perbuatan diskriminasi membabitkan projeknya.

“Akta Anti-Homoseksualiti Uganda secara asasnya bercanggah dengan nilai-nilai yang diamalkan kumpulan Bank Dunia.

“Kami percaya visi kami untuk membasmi kemiskinan di dunia hanya boleh berjaya sekiranya ia melibatkan semua individu tanpa mengira bangsa, jantina atau seksualiti.

“Pihak kami dapati undang-undang ini menjejaskan usaha tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Bank Dunia memaklumkan pihaknya akan memperkukuhkan lagi mekanisme pemantauan pihak ketiga dan penyelesaian aduan dalam masa terdekat.

“Langkah itu membolehkan pihak kami mengambil tindakan sewajarnya sekiranya diperlukan,” jelas kenyataan itu.

Pada Mei lalu, Kumpulan Bank Dunia menegaskan undang-undang itu tidak konsisten dengan nilai pemberi pinjaman, dan menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan tersebut.

Presiden Bank Dunia, Ajay Banga menghadapi tekanan besar untuk memberi respon terhadap undang-undang itu, ketika kira-kira 170 kumpulan hak asasi menggesa institusi kewangan tersebut mengambil tindakan tegas termasuk menggantung pinjaman baharu.

Sementara itu, Bank Dunia memaklumkan pihaknya tetap komited untuk memberikan bantuan kepada Uganda biarpun sudah menghentikan pembiayaan. – AGENSI    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya