Gunung Semeru meletus lagi, abu capai 1.3 km

Gunung Semeru meletus lagi, abu capai 1.3 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Semeru yang terletak di sempadan Lumajang dan Malang di Jawa Timur, Indonesia kembali meletus pada pagi Ahad, memuntahkan abu sehingga 1,300 meter dari puncak Mahameru.

Leusan abu tebal itu bergerak ke arah timur laut. Letusan itu direkodkan seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh awal kira-kira dua minit 20 saat.

“Letusan Gunung Semeru berlaku sekitar pukul 5.55 pagi (waktu tempatan), mencapai kira-kira 1,3 kilometer meter dari puncak atau 4,976 meter dari aras laut,” kata Pegawai Pos Pemantauan Gunung Semeru, Liswanto dalam laporan bertulis yang diterima di Lumajang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut rekod rasmi, Gunung Semeru meletus empat kali pada Ahad antara 12.21 tengah malam hingga 6.22 pagi (waktu tempatan), dengan ketinggian letusan yang diperhatikan antara 500 meter hingga 1.3 kilometer dari puncak.

Liswanto berkata, Gunung Semeru kini berada pada Tahap Amaran Siaga. Orang ramai dilarang menjalankan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Sungai Besuk Kobokan dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak atau pusat letusan.

“Di luar jarak itu, orang ramai tidak seharusnya menjalankan aktiviti dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai sepanjang Besuk Kobokan, berikutan risiko awan panas yang boleh melanda kawasan lebih luas serta aliran lahar yang boleh mencapai sehingga 17 kilometer dari puncak,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai mengelakkan aktiviti dalam lingkungan lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana kawasan itu berisiko dilanda lontaran batu panas.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya awan panas, guguran lava dan aliran lahar di sepanjang alur sungai serta lembah yang berpunca dari puncak Gunung Semeru.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×