Wang RM5 juta, emas ditemukan dalam rumah ketua penyokong kelab bola sepak - Utusan Malaysia

Wang RM5 juta, emas ditemukan dalam rumah ketua penyokong kelab bola sepak

SEBAHATTIN SIRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Polis menemukan wang tunai bernilai lebih AS$1.3 juta (RM5.3 juta) bersama emas dan barangan kemas di rumah pemimpin kumpulan penyokong utama kelab bola sepak Istanbul, Galatasaray, lapor media Turkiye pada Isnin.

Selain lebih 840,000 euro (RM3.9 juta) dan pelbagai mata wang lain, serbuan selama lapan setengah jam di rumah ketua ultrAslan itu turut menemukan sepucuk pistol, peluru termasuk empat jaket kalis peluru, menurut agensi berita DHA serta IHA.

Sebahattin Sirin  yang ditahan pada Ahad, dituduh menjual tiket di pasaran gelap, menyebabkan gangguan ketenteraman di dalam stadium sukan serta menyebarkan maklumat palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehari sebelumnya, ketua kumpulan penyokong tegar itu menuduh Menteri Kehakiman Turkiye, Akin Gurlek di platform X sebagai sebahagian daripada kumpulan dalam kerajaan yang mahu menjadikan Fenerbahce juara musim ini  dengan mengorbankan juara bertahan Super Lig tersebut.

Menteri berkenaan mahupun Fenerbahce, seteru sengit Galatasaray dari bandar yang sama, tidak memberikan sebarang respons secara terbuka terhadap tuduhan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini