Polis rampas narkotik RM4.5 juta di Lapangan Terbang Dublin - Utusan Malaysia

Polis rampas narkotik RM4.5 juta di Lapangan Terbang Dublin

POLIS merampas narkotik bernilai lebih RM4.5 juta di Lapangan Terbang Dublin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Polis kelmarin merampas pelbagai jenis narkotik, termasuk syabu dan ganja bernilai lebih €950,000 (RM4.5 juta) yang disembunyikan di dalam bagasi seorang penumpang di Lapangan Terbang Dublin, Ireland.

Kesemua bekalan narkotik berkenaan ditemui terbungkus rapi dalam pek vakum di dalam bagasi milik seorang penumpang yang baru tiba menerusi penerbangan dari Kanada.

Ekoran penemuan itu, seorang wanita berusia 50-an telah ditahan bagi membantu siasatan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Penahanan tersebut melibatkan rampasan narkotik yang dianggarkan bernilai keseluruhan sekitar £813,000 (RM3.8 juta).

Pegawai Jabatan Hasil Ireland dengan bantuan seekor anjing pengesan dinamakan Charlie, berjaya membongkar anggaran 29 kilogram (kg) ganja herba dan 6kg crystal methamphetamine (syabu) di dalam bagasi berkenaan.

Foto tempat kejadian menunjukkan beberapa beg mengandungi bahan terlarang itu bertaburan dan melimpah keluar daripada dua buah beg pakaian bersaiz besar.

Bekalan ganja yang dirampas dianggarkan bernilai €584,000 (RM2.8 juta) manakala syabu yang ditemui dianggarkan bernilai lebih €368,000 (RM1.7 juta).

Suspek kini ditahan di Balai Polis Dublin Garda di bawah Seksyen Akta Keadilan Jenayah (Pengedaran Dadah) 1996.

Jabatan Hasil mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Rampasan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan Jabatan Hasil yang menyasarkan kumpulan jenayah terancang dan  kegiatan pengimportan, penjualan serta pembekalan dadah haram,” kata Jabatan Hasil dan Kastam. – AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN