Pemandu disaman akibat kereta elektrik dicas ambil masa lebih lama - Utusan Malaysia

Pemandu disaman akibat kereta elektrik dicas ambil masa lebih lama

SEORANG pemandu disaman kerana mengecaj EV miliknya 11 minit lebih lama daripada had tempoh keretanya diparkir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemandu kenderaan elektrik (EV) disaman parkir sebanyak £100 (RM547.38). Beliau disaman ke­rana meletakkan keretanya me­lebihi had tempoh maksimum di kawasan parkir.

Dilip Singh meletakkan keretanya 11 minit lebih lama daripada had masa parkir yang dibenarkan.

Beliau  sebelum ini membayar £44.99 (RM246.26) untuk mengecas penuh kenderaan pelbagai guna (SUV)  miliknya di kawasan tempat letak kereta premis KFC di Weymouth, Dorset.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, beliau kemudian dikenakan saman kerana meletakkan kenderaan melebihi had tempoh maksimum.

Singh mendakwa situasi sedemikian seolah-olah menjadi ‘perangkap’ buat pemandu EV.

Ini kerana sebaik sahaja sesi pengecasan bermula, palam pengecas akan dikunci secara automatik dan kenderaan tidak boleh dialihkan sehinggalah proses berkenaan selesai.

Dalam kejadian tersebut, beliau mula mengecas kenderaannya pada jam 10.47 pagi waktu tempatan dan hanya dapat mencabut palam 71 minit kemudian pada jam 11.58 pagi waktu tempatani.

Pengecas itu berakhir  selepas bateri kenderaan itu dcas penuh dengan kapasiti 51.71kWh tenaga elektrik.

Singh menegaskan bahawa kes yang dialaminya ini me­nimbulkan kebimbangan berhubung pelaksanaan kawalan di tapak pengecasan EV yang se­ring bertembung dengan syarat had masa tempat letak kereta tradisional. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini