Perancis hadapi krisis bekalan bawang meruncing akibat cuaca panas - Utusan Malaysia

Perancis hadapi krisis bekalan bawang meruncing akibat cuaca panas

CUACA panas melampau menyebabkan krisis kekurangan bawang berlaku di Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis kini berdepan dengan krisis kekurangan bekalan bawang yang meruncing selepas negara itu dilanda tiga gelombang haba dahsyat sehingga memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian.

Para petani dijangka menanggung kerugian melibatkan ribuan tan sayur-sayuran manakala beberapa sektor pertanian berisiko kehilangan sehingga 50 peratus daripada jumlah hasil tahunan berikutan cuaca panas melampau mencecah 40 darjah Celsius.

Susulan itu, para pengguna di negara berkenaan telah diberi amaran awal mengenai pengurangan bekalan sayur-sayuran segar di rak-rak pasar raya.

Antara barangan keperluan harian yang dijangka mengalami masalah kekurangan bekalan dalam tempoh beberapa minggu akan datang termasuk bawang, sayuran hijau muda, salad, lobak merah, daun bawang, bawang merah, bawang putih, beri biru dan strawberi.

Pada Rabu lalu, Menteri Ekologi, Monique Barbut berkata, Perancis sedang berdepan kemarau yang amat membimbangkan. Katanya, ia telah menyebabkan jumlah sekatan penggunaan air bagi ketika ini mencatat rekod tertinggi dalam setahun.

Sementara itu, Persatuan pengeluar sayur-sayuran Perancis, Legumes de France menyifatkan situasi semasa sebagai  tahun yang mengerikan.

“Tiga gelombang haba yang dahsyat dalam tempoh tiga minggu di seluruh Perancis dan Eropah menjadi petanda ‘tahun yang mengerikan’ buat sektor pengeluaran sayur-sayuran di Perancis.

“Gelombang haba ketiga masih lagi berterusan. Namun, data awal daripada impak cuaca panas pada awal Julai lalu sudah mula kelihatan jelas, keadaannya amat membinasakan.

“Bagi tanaman seperti salad selada mache, sayuran hijau muda, salad, lobak merah, daun bawang, bawang merah, bawang putih dan bawang besar, jumlah kerugian setakat ini sudah mencecah ribuan tan untuk setiap produk. 

“Bagi organisasi pengeluar, situasi ini mencatatkan kerugian bernilai puluhan juta euro,” jelas persatuan tersebut dalam satu kenyataan.

Pada Mei lalu, Perancis dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 495,000 tan tomato iaitu sebelum gelombang haba melanda.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN