Korea Selatan dilanda gelombang panas - Utusan Malaysia

Korea Selatan dilanda gelombang panas

KOREA Selatan mengeluarkan amaran kecemasan gelombang haba buat pertama kali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan pada Ahad mengeluarkan amaran kecemasan gelombang haba buat pertama kali di bawah sistem amaran baharu yang diperkenalkan tahun ini dan menasihatkan orang ramai supaya menghentikan aktiviti luar dan berada di tempat yang sejuk.

Berdasarkan  sistem baharu itu, amaran kecemasan gelombang haba akan dikeluarkan apabila kawasan yang telah memenuhi kriteria amaran panas diramalkan mengalami suhu sekurang-kurangnya 38 darjah Celsius atau 39 darjah Celsius walaupun hanya untuk tempoh sehari.

Menurut pihak berkuasa, sistem amaran baharu itu diperkenalkan bagi menangani peningkatan kejadian gelombang haba di Korea Selatan yang kini semakin kerap, berpanjangan dan lebih ekstrem.

“Pentadbiran Meteorologi Korea mengeluarkan Amaran Kecemasan Gelombang Haba pada pukul 10 pagi hari ini waktu tempatan) bagi dua bandar di selatan Wilayah Gyeongsang Utara, iaitu Gyeongsan dan Pohang,” kata Ketua Pentadbiran Meteorologi Korea, Lee Mi-seon, dalam satu sidang media.

“Ini merupakan kali pertama amaran tersebut dikeluarkan sejak sistem itu mula berkuat kuasa,” tambahnya.

Mi-seon berkata, kawasan yang terjejas mencatatkan suhu yang memenuhi kriteria amaran kecemasan sepanjang hujung minggu.

“Amaran kecemasan gelombang haba bukan sekadar bermaksud cuaca yang sangat panas.

“Ia menunjukkan keadaan di mana individu yang sihat sekali pun berdepan risiko yang jauh lebih tinggi untuk mengalami kesan buruk yang serius, termasuk penyakit berkaitan haba dan kematian,” katanya.

Berdasarkan amaran kecemasan itu, mereka yang menjalankan aktiviti di luar dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti serta-merta dan berpindah ke tempat yang lebih sejuk, katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN