Korban nahas trap pikap dipandu budak 11 tahun meningkat kepada 10 orang

Korban nahas trap pikap dipandu budak 11 tahun meningkat kepada 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jumlah sami Buddha yang maut selepas sebuah trak pikap dipandu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun merempuh satu perarakan keagamaan di Thailand meningkat kepada 10 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Menurut kemas kini terbaharu Hospital Mukdahan di timur laut Thailand, 10 lagi mangsa masih menerima rawatan di hospital, termasuk dua dalam keadaan kritikal manakala lapan lagi cedera.

Dalam kejadian pada Khamis, seramai 35 sami Buddha bersama lima penganut awam sedang berjalan di tepi jalan di wilayah Mukdahan sempena satu perjalanan ziarah keagamaan apabila sebuah trak pikap merempuh kumpulan itu.

Polis memaklumkan kenderaan berkenaan dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mengambil kenderaan ibu bapanya tanpa kebenaran.

Lima sami maut di lokasi kejadian, manakala lima lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Bandar Mukdahan, Prayut Ruanthongkam berkata, kanak-kanak itu masih belum dapat memberikan keterangan kepada polis.

Beliau berkata, kanak-kanak itu telah dirujuk kepada pihak kebajikan kanak-kanak untuk penilaian lanjut dengan ditemani ibunya.

Menurut undang-undang Thailand, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah.

Prayut berkata, polis turut mengambil keterangan daripada sami yang terselamat sebagai sebahagian daripada siasatan.

Sementara itu, wakil dari Wat Roi Phra Phutthabat Phu Manorom, sebuah kuil yang terletak di kawasan bukit di Mukdahan berkata, pihaknya menempatkan sami yang terselamat dan sedang menjalani pemulihan, selain penganut lain yang terbabit dalam perarakan berkenaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN