SEOUL: Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, memilih Menteri Perusahaan Kecil, Sederhana dan Syarikat Pemula, Han Seong Sook sebagai perdana menteri baharu, menurut pejabat presiden pada Ahad.
Menurut Reuters, jika diluluskan Parlimen, Seong Sook bakal menjadi wanita pertama memegang jawatan perdana menteri Korea Selatan dalam tempoh 20 tahun.
Seong Sook yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif gergasi internet Korea Selatan, Naver, dijangka menerajui transformasi kecerdasan buatan (AI) negara itu.
“Seong Sook mampu mengubah pertumbuhan ekonomi Korea Selatan yang dipacu ledakan semikonduktor dan peningkatan eksport kepada pertumbuhan yang lebih inklusif yang dapat dinikmati semua pihak, termasuk perusahaan kecil dan sederhana,” kata Ketua Kakitangan Presiden, Kang Hoon Sik dalam sidang media.
Jawatan perdana menteri di bawah sistem presidensial Korea Selatan sebahagian besarnya bersifat istiadat dan pentadbiran.










