Junta Myanmar bunuh 702 orang awam sepanjang enam bulan pilihan raya - Utusan Malaysia

Junta Myanmar bunuh 702 orang awam sepanjang enam bulan pilihan raya

MIN AUNG HLAING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Tentera Myanmar di­dak­wa bertanggungjawab terhadap lebih 700 kematian orang awam sepanjang tempoh pilihan raya selama enam bulan tahun lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Daripada jumlah itu, 224 adalah wanita dan 153 kanak-kanak,” menurut laporan yang dikeluarkan oleh pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menambah bahawa sera­ngan udara kekal sebagai punca utama kemusnahan dan pende­ritaan.

“Sekurang-kurangnya 505 orang awam, termasuk 175 wanita dan 112 kanak-kanak  atau 57 peratus daripada keseluruhan korban, terbunuh dalam sera­ngan yang dilakukan menggunakan pesawat pejuang, dron, paramotor dan girokopter,” menurut laporan itu.

Laporan baharu itu merangkumi tempoh Ogos hingga Januari itu

Ketika ditanya siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani, memberitahu AFP bahawa 702 kematian itu boleh dikaitkan dengan tentera Myanmar.

Pihak tentera yang melancarkan rampasan kuasa lima tahun lalu, mengumumkan pilihan raya, itu proses yang secara meluas dianggap tidak sah kerana parti pembangkang utama dihalang untuk bertanding.

Pada April, Min Aung Hlaing, jeneral yang mengetuai rampasan kuasa tersebut menjadi presiden.

Laporan tersenut turut memberi amaran penurunan bantuan antarabangsa semakin memburukkan penderitaan jutaan penduduk di negara tersebut.

Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada 2021, sekali gus mencetuskan perang saudara yang meragut ribuan nyawa dan menyebabkan berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal.

Wilayah Sagaing dikenal pasti sebagai ‘kawasan paling berbahaya untuk orang awam apabila tentera berusaha me­nguasainya’, dengan 191 kematian termasuk 60 wanita dan 30 kanak-kanak, menurut laporan tersebut.

Dalam satu serangan pada Oktober tahun lalu, seramai , 23 orang termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila peluru menghentam orang awam yang berkumpul di hadapan sebuah sekolah di Chaung-U, Sagaing.

Pada Disember, tahun lalu laporan itu menyatakan sebuah pesawat tentera mengebom kedai teh di Tabayin, Sagaing, ketika orang ramai berkumpul untuk menonton perlawanan bola sepak, mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 20 lagi cedera.

Laporan itu turut merujuk kepada penderaan etnik Rohingya yang diedahkan kepada pengambilan secara paksa oleh Tentera Arakan, selain pembunuhan, penahanan sewenang-wenangnya dan keganasan seksual.

“Seolah-olah rakyat Myanmar belum cukup menderita di tangan tentera, mereka kini seakan-akan dilupakan oleh pihak luar negara,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Türk.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN