JAKARTA: Sebuah gunung berapi yang sangat aktif di timur Indonesia meletus beberapa kali pada Jumaat, menghamburkan abu tebal tinggi ke udara sehingga memaksa sebuah lapangan terbang tempatan ditutup, kata pihak berkuasa. Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores meletus pada pukul 11.15 pagi, memuntahkan material gunung berapi setinggi 2.5 kilometer ke udara, menurut agensi vulkanologi kebangsaan dalam satu kenyataan. Letusan itu berlaku selepas beberapa siri letusan lain direkodkan lebih awal pada…










