PARIS: Gelombang haba melampau yang kini melanda seluruh Eropah telah memaksa Perancis menguatkuasakan larangan pengambilan alkohol, selain mencetuskan amaran cuaca di Jerman serta menyaksikan pelancong bermandikan peluh di bawah kehangatan cahaya matahari di Itali. Pada Sabtu, Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu mengadakan mesyuarat krisis bersama 14 menterinya berikutan peningkatan suhu mendadak ketika amaran haba tahap jingga diaktifkan di 60 wilayah di negara itu. Agensi cuaca kebangsaan Perancis, Meteo France memberi…










