Bilangan kapal lalu Selat Hormuz merosot dengan ketara - Utusan Malaysia

Bilangan kapal lalu Selat Hormuz merosot dengan ketara

BILANGAN kapal melalui Selat Hormuz merosot dengan ketara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz merosot dengan ketara sepanjang hujung minggu lalu.

Ini adalah kerana kapal-kapal mengelakkan koridor pelayaran di perairan Oman susulan pertukaran serangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menurut firma penyelidikan HFI Research, hanya empat kapal tangki dan sebuah kapal kontena menggunakan koridor selatan Oman untuk memasuki Teluk pada Ahad.

Ia  diiringi kapal Tentera Laut Amerika.

Data daripada firma penjejakan maritim Kpler pula menunjukkan tiada kapal menggunakan laluan itu untuk keluar dari Teluk pada Ahad.

Pergerakan kapal mula perlahan pada Sabtu.

Situasi itu berlaku selepas sebuah kapal terkena serangan ketika melalui selat itu.

Ia berlaku hanya dua hari selepas sebuah lagi kapal menjadi sasaran pada Khamis. 

Insiden itu berlaku ketika AS dan Iran saling melancarkan serangan, sekali gus menjejaskan perjanjian awal antara kedua-dua negara bagi menamatkan konflik.

Perang Iran itu berlaku pada 28 Februari lalu apabila AS bersama Israel menyerang Teheran sehingga menyebabkan selat tersebut ditutup sebelum dibuka tetapi ditutup semula.

Bagaimanapun, Washington dan Tehran kemudian bersetuju menghentikan serangan masing-masing tetapi trafik melalui Selat Hormuz masih kekal terhad.

Sehingga jam 3 petang waktu GMT pada Isnin, data Kpler menunjukkan hanya sebuah kapal menggunakan laluan Oman untuk keluar dari Teluk dan sebuah lagi untuk memasuki kawasan itu.

Iran pada Ahad turut memberi amaran kepada kapal supaya tidak menggunakan laluan yang tidak diluluskan pihaknya untuk melalui laluan perairan strategik tersebut.

Secara keseluruhan, sebanyak 29 kapal komoditi melalui Selat Hormuz pada Sabtu dan 12 lagi pada Ahad, menurut Kpler.

Sementara itu, AXSMarine, sebuah lagi firma yang menjejaki semua kapal komersial, merekodkan 36 lintasan pada Sabtu dan 19 lagi lintasan pada Ahad. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×