HAVANA: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu pada Khamis ke atas Presiden Cuba. Miguel Diaz-Canel dan beberapa ahli keluarga terdekatnya.
Sekatan itu turut dikenakan terhadap ahli keluarga Castro dalam tindakan terbaharu Washington untuk mempertingkatkan tekanan terhadap negara jirannya itu.
Antara yang menjadi sasaran termasuk anak lelaki dan cucu lelaki kepada bekas presiden Raul Castro, yang tidak lagi memegang jawatan rasmi namun kekal sebagai broker kuasa utama di negara pulau berkenaan.
Diaz-Canel, isteri dan anak tirinya turut terkesan dengan sekatan terbaharu AS itu dan Kementerian Angkatan Tentera Revolusi serta beberapa entiti lain.
Walaupun Cuba berada di bawah sekatan perdagangan AS sejak 1962, Presiden Donald Trump telah mempertingkatkan tekanan secara drastik dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
AS sebelum ini telah memutuskan bekalan bahan api dan mengancam untuk mengambil alih negara tersebut.
Pentadbiran Washington mendakwa rejim komunis Cuba kini menjadi ancaman besar kepada keselamatan rakyat AS.
Trump secara terbuka berulang kali menyatakan bahawa Cuba mungkin menjadi kerajaan seterusnya yang akan tumbang. Sebelum ini, pemimpin sosialis Venezuela, Nicolas Maduro ditangkap AS pada Januari lalu.
AS juga telah menyerang Iran bersama Israel pada 28 Februari lalu..
“Kita akan selesaikan isu Republik Islam Iran dahulu dan sebaik sahaja ia selesai, dalam perjalanan pulang nanti kita akan ‘singgah sebentar’ di sana,” kata Trump pada Khamis, sebagai isyarat jelas merujuk kepada Cuba. – AGENSI










