Trump label Venezuela negeri ke-51 AS

Trump label Venezuela negeri ke-51 AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden, Donald Trump mencetuskan kontroversi apabila memuat naik grafik peta Venezuela bersama bendera Amerika Syarikat (AS) dan melabelkannya ‘Negeri ke-51’ di platform Truth Social milinya kelmarin.

Hantaran provokatif itu dibuat ketika Trump dalam perjalanan ke China bagi menghadiri sidang kemuncak berprofil tinggi.

Ia dimuat naik sehari selepas Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez menegaskan negaranya ‘tidak pernah’ mempertimbangkan untuk menjadi negeri ke-51 AS, walaupun selepas tentera negara itu menahan pemimpinnya, Nicolas Maduro, pada Januari lalu.

Kelmarin, Trump memberitahu Fox News beliau sedang mempertimbang untuk menjadikan negara Amerika Selatan itu sebagai negeri baharu AS, selepas berbulan-bulan mendakwa menguasai negara kaya minyak berkenaan.

Dalam pada itu, Rodriguez menyelia pemulihan hubungan dengan Washington sejak mengambil alih pentadbiran negara itu, termasuk melaksanakan pembaharuan yang membuka semula sektor perlombongan dan minyak Venezuela kepada syarikat asing, khususnya dari AS.

Pembangkang Venezuela terus menuntut pilihan raya diadakan, namun Rodriguez ketika ditanya pada 1 Mei mengenai kemungkinan pemilihan baharu hanya berkata ‘tidak tahu’ dan ia akan berlaku nanti.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN