Sewa unit apartmen RM19,000 sebulan - Utusan Malaysia

Sewa unit apartmen RM19,000 sebulan

GAMBAR fail beberapa buah bangunan apartmen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kadar sewa bagi sebuah unit apartmen di wilayah Manhattan, New York, mencatatkan sejarah baharu apabila melonjak melebihi AS$5,000 (kira-kira RM19,870) sebulan buat pertama kali pada April lalu. 

Peningkatan mendadak ini didorong oleh kadar kekosongan unit yang merosot ke paras terendah dalam tempoh enam tahun.

Menurut firma hartanah terkemuka Amerika Syarikat (AS), Corcoran, situasi pasaran kini amat kompetitif ekoran ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran.

“Pasaran sewaan Manhattan melonjak pada April 2026. Ia berikutan lonjakan mendadak dalam permintaan ketika pasaran berdepan kekangan bekalan unit yang semakin meruncing,” jelas Ketua Pegawai Operasi Corcoran, Gary Malin, menerusi satu hantaran di blog rasmi firma itu

Statistik menunjukkan median kadar sewa di wilayah itu pada bulan lalu mencecah AS$5,099 (RM20,264) iaitu peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kadar kekosongan unit pula menyusut kepada 1.55 peratus. Dinamika pasaran ini memperlihatkan senario yang dicorakkan oleh desakan faktor masa yang meruncing serta persaingan sengit dalam kalangan penyewa,” kata Malin.

Kenaikan harga pasaran dikesan berlaku secara menyeluruh di Manhattan. Malah, sebuah unit pangsapuri jenis satu bilik tidur dan dua bilik tidur masing-masing mencatatkan rekod tertinggi baharu, dengan kadar sewa mencecah AS$5,228 (RM20,777) dan AS$8,338 (RM33,135). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN