Iran tidak berhasrat caj tol di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran tidak berhasrat caj tol di Selat Hormuz

IRAN tidak berhasrat untuk mengutip tol di Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN – Iran tidak berhasrat mengenakan caj tol di Selat Hormuz, kata jurucakap Kementerian Luar negara itu.

Beliau, menegaskan bahawa Iran dan Oman sedang bekerjasama secara bertanggungjawab untuk membentuk satu protokol bagi memastikan laluan laut yang selamat melalui laluan air strategik itu.

Dalam sidang media mingguan pada Isnin, Esmaeil Baqaei berkata, Iran tidak mengenakan sebarang tol di Selat Hormuz, sambil menekankan kepentingan penggunaan istilah yang tepat.

Beliau berkata, Iran tidak bercadang untuk mengenakan bayaran dan menjelaskan bahawa usaha Iran dan Oman untuk merangka protokol keselamatan pelayaran merupakan langkah bertanggungjawab. 

Menurutnya, adalah perkara biasa bahawa perkhidmatan dalam proses ini dan usaha melindungi alam sekitar memerlukan kos.

Apabila ditanya mengenai rancangan United Kingdom (UK) dan Perancis berkaitan pengurusan Selat Hormuz, Baqaei berkata, tiada negara selain Iran dan Oman yang terlibat di kawasan itu.

Beliau menyatakan bahawa tanggungjawab merangka mekanisme laluan selamat adalah di bawah Iran dan Oman dengan kedua-dua negara pantai itu sedang bekerjasama ke arah tersebut. 

Katanya, tindakan pihak lain yang tidak teratur hanya merumitkan keadaan.

Baqaei turut berkata, Iran memahami bahawa keselamatan selat itu adalah kebimbangan seluruh dunia dan ini menjadikan tanggungjawab Teheran sebagai negara pantai lebih besar.

Beliau menambah bahawa sebab Iran dan Oman berusaha mewujudkan mekanisme tersebut adalah kerana mereka percaya laluan laut  itu mesti kekal boleh digunakan oleh seluruh dunia.

Katanya, perkembangan terkini berpunca daripada pelanggaran undang-undang oleh UK  dan rejim Zionis selepas konflik terhadap Iran serta semua negara bertanggungjawab menyambut baik mekanisme pelayaran yang boleh dipercayai. – Tasnim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN