Iran teliti cadangan baharu damai AS - Utusan Malaysia

Iran teliti cadangan baharu damai AS

AS menyerang Iran bersama Israel sejak 28 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran berkata pada Rabu bahawa ia sedang meneliti cadangan baharu Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Asia Barat, ketika Presiden Donald Trump menyifatkan rundingan itu akan mencapai perjanjian atau AS melancarkan serangan baharu ke atas Teheran.

Trump yang sebelum ini berkata, rundingan berada di peringkat akhir tetapi kemudian memberi amaran bahawa ruang untuk diplomasi boleh tertutup dengan cepat.

“Ia benar-benar di ambang, (mencapai perjanjian atau AS melancarkan serangan baharu) percayalah,” kata Trump kepada wartawan di Pangkalan Bersama Andrews berhampiran Washington. 

“Jika kami tidak mendapat jawapan yang betul, semuanya akan bergerak dengan sangat pantas. Kami semua sudah bersedia untuk bertindak,” tambahnya.

Beliau berkata, satu perjanjian boleh dicapai dengan sangat cepat atau dalam beberapa tempoh hari namun memberi amaran bahawa Teheran perlu memberikan jawapan yang 100 peratus memuaskannya.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, Teheran telah menerima pandangan pihak Amerika dan sedang menelitinya. Beliau mengulangi tuntutan Iran supaya asetnya yang dibekukan dibebaskan dan sekatan AS ke atas pelabuhan Iran ditamatkan.

Terdahulu, Ketua Perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menuduh Washington cuba mencetuskan semula perang selepas Trump mengancam serangan baharu jika Teheran enggan bersetuju dengan satu perjanjian.

Ghalibaf memberi amaran mengenai tindak balas tegas manakala Kor Pengawal Revolusi Iran berkata, sebarang konflik baharu akan merebak jauh melangkaui Asia Barat.

“Pergerakan musuh, sama ada secara terbuka atau tersembunyi, menunjukkan bahawa walaupun berdepan tekanan ekonomi dan politik, mereka tidak meninggalkan matlamat ketenteraan selain sedang berusaha memulakan perang baharu,” kata Ghalibaf.

Gencatan senjata berkuatkuasa AS pada 8 April selepas ia melancarkan serangan ke atas Iran bersama Israel pada 28 Februari  menghentikan pertempuran namun perang mulut kini menggantikan pertukaran serangan di medan perang.

Trump berulang kali mengancam tindakan ketenteraan baharu, manakala pegawai Iran membalas dengan amaran yang semakin keras. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN