AS akan bantu iringi kapal keluar dari Selat Hormuz - Trump - Utusan Malaysia

AS akan bantu iringi kapal keluar dari Selat Hormuz – Trump

Gambar fail Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata bahawa AS akan membantu mengiringi kapal-kapal yang terkandas keluar dari Selat Hormuz bermula Isnin.

“Negara-negara dari seluruh dunia telah meminta bantuan Amerika untuk melalui laluan perairan penting itu dan keluar dari Teluk.

“Demi kebaikan Iran, Asia Barat dan Amerika, kami telah memberitahu negara-negara ini bahawa kami akan membimbing kapal mereka keluar dengan selamat dari laluan perairan yang terhad ini supaya mereka boleh meneruskan urusan perniagaan mereka dengan bebas serta lancar,” kata Trump.

“Proses ini (dikenali sebagai) Project Freedom (Projek Kebebsan) akan bermula pada pagi Isnin, waktu Asia Barat,” tulisnya di platform Truth Social miliknya.

Beliau menyifatkannya sebagai langkah kemanusiaan dengan berkata banyak kapal yang terkandas kini kehabisan makanan dan segala keperluan lain yang diperlukan untuk kru berskala besar terus berada di atas kapal dalam keadaan sihat serta bersih.

Trump tidak memberikan banyak butiran mengenai bagaimana misi itu akan dilaksanakan. Namun, operasi untuk mengiringi kapal keluar dari selat sempit itu boleh menyebabkan anggota tentera AS berada sangat hampir dengan tentera Iran.

Dalam satu hantaran di platform X, Markas Pusat AS (CENTCOM) berkata bermula Isnin, pasukannya akan mula menyokong Projek Kebebasan dengan penggunaan kapal pemusnah peluru berpandu, lebih 100 pesawat udara dan laut serta pesawat tanpa pemandu selain 15,000 anggota tentera.

“Sokongan kami terhadap misi pertahanan ini adalah penting untuk keselamatan serantau dan ekonomi global.  Kami turut mengekalkan sekatan laut,” kata Komander CENTCOM, Laksamana Brad Cooper.

Sehingga 29 April, lebih 900 kapal komersial berada di Teluk, menurut firma risikan maritim AXSMarine. Jumlah itu menurun daripada lebih 1,100 kapal pada awal konflik Iran yang bermula 28 Februari lalu. – AGENSI/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×