KATHMANDU: Nepal mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri, Sher Bahadur Deuba, atas dakwaan rasuah, menjadikannya tokoh politik berprofil tinggi terkini yang disiasat di bawah kerajaan baharu. Deuba, 79, kini berada di luar negara untuk rawatan perubatan, menafikan dakwaan berkenaan serta menegaskan siasatan berkaitan pengubahan wang haram dimulakan terhadapnya dan keluarga. “Propaganda palsu sedang disebarkan mengenai harta keluarga saya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial. Waran tangkap turut dikeluarkan…










